#VeralynMKJourney – Definisi Kosmetik

So hari ini, saya mau share tentang definisi kosmetik dan kaitannya dengan Mary Kay. Saya akan merekodkan beberapa fakta menarik tentang Mary Kay bermula tahun ini. Jika kamu berminat untuk menyertai team kami,, ringankan jari untuk follow facebook page atau instagram saya ya?

Definisi_Kosmetik

*Produk Kosmetik*
Definisi kosmetik – dikenali sebagai alat solek @ produk yg digunakan secara luaran untuk mencantikkan individu.

Produk kosmetik di Malaysia adalah di bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik (CDCR) 1984, di bawah Akta Penjualan Dadah 1952.

Tindakan undang-undang akan di ambil jika ada penyataan palsu/produk yang tidak sesuai dengan peraturan dan panduan yang ditetapkan.

*Notifikasi Kosmetik*

Siapa bertanggungjawab?

Pemegang notifikasi (product holder) bertanggungjawab untuk beritahu (notify) pihak NPRA dengan cara mendaftar di dalam talian yg ditetapkan SEBELUM membuat, menjual, membekalkan, mengimport @ memiliki produk.

Syarikat kena berdaftar dgn KKM sebelum boleh mendaftar produk kosmetik.

Cara untuk periksa produk berdaftar dengan kkm;
layari http://www.npra.gov.my @ melalui apps MediQuest
klik product category (pharmaceautical/*cosmetic*)

Key in product name eg. Mary Kay

Yuran adalah RM50 untuk setiap produk.
Valid 2 tahun, then kena renew and bayar RM50.

*Bahan Larangan*

Bahan larangan (racun berjadual) yang selalu digunakan dalam industri kosmetik adalah*:

1) *Merkuri* : bertindak memutihkan kulit dengan menghalang pembentukan melanin pada kulit seterusnya menyebabkan warna kulit makin cerah.

2)*Hydroquinone* : digunakan untuk mencerahkan, merawat pigmentasi

3)*Tretinoin* : untuk merawat masalah jerawat, pigmentasi

4)*Plumbum* : banyak digunakan dalam lipstik

Ciri-ciri bahan beracun – melekit, kulit cepat putih tapi pucat, tiada langsung jerawat tumbuh menandakan lapisan epidermis telah rosak, bau logam yang kuat @ terlalu wangi akibat penambahan pewangi berlebihan untuk melindungi bau logam, Krim/produk berwarna putih kekuningan, berkilau-kilau/bling-bling bila di sapu pada kulit, kulit menjadi sensitif pada matahari, kulit jadi merah, pedih dan seperti rasa terbakar.

Kesan sampingan: Ia boleh sebabkan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf, mengganggu perkembangan otak bayi (bagi ibu yang mengandung atau ibu2 yang menyusui anak yang guna produk ada merkuri), dan akhirnya mengakibatkan kanser kulit. Ia ada dalam produk seperti krim dan sabun pencerah, pencuci muka dan maskara.

Bahan-bahan ini dilarang penggunaannya dalam kosmetik tetapi macam hydroquinon dibenarkan dalam produk kategori pharmaceutical. Kena melalui proses pendaftaran yang lagi ketat.

Produk Mary Kay sudah tentu mendapat notifikasi ini kerana produk Mary Kay mengikuti piawaian dan spesifikasi yg tlg ditetapkan. Malah syarikat juga melabur jutaan dollar dlm penyelidikan dan buat lebih daripada setengah juta ujian setiap tahun untuk memastikan bhn setiap ramuan dan produk siap memenuhi standard keselamatan, kualiti dan prestasi yang tertinggi.

Setiap keputusan produk adalah berdasarkan fakta saintifik, bukannya pendapat.

*ISU HALAL*

Definisi Produk Kosmetik Halal – Kosmetik yang diperbuat dari bahan-bahan yang tidak mengandungi unsur haram. Bukan hanya dari kandungannya, kehalalan produk kosmetik juga harus dilihat dari proses pembuatannya dan juga pembungkusannya.

Ingin ditekankan di sini Pensijilan Halal untuk semua produk bukanlah mandatori.

Produk Mary Kay tidak mempunyai sijil Halal JAKIM buat masa ini, namun pihak syarikat sedang mendapatkan ‘Purity Statement’ dan masih menunggu kelulusan dari pihak US. Statement ini sangat membantu untuk menjelaskan bahawa produk MK bebas mengandungi alkohol dan dari unsur haiwan.

Produk Mary Kay BEBAS daripada sumber bahan haiwan.
Produk Mary Kay adalah berasaskan BOTANI.
Pemilihan semua bahan termasuk lah pembungkusan (packaging) berdasarkan penggunaan yang telah diluluskan oleh ‘MARY KAY SAFETY & QUALITY EVALUATION’. Memang menitikberat kan kualiti yang sangat tinggi.

Hanya 3% syarikat kosmetik yang mempunyai lab sendiri, termasuklah Mary Kay.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s